++ I ++
when it's rains, you don't see the sun, but it's there. Hope we can be like that, we don't see each other but we'll always be there for each other..
atas: sms yg aku terima dr seorg kwn. thanx a lot.
harap aku dan kalian boleh jadi sebegitu. tp rindu pasti menyeksa apabila mata tak dapat bertentang mata. jarak mungkin jadi punca, mcm kita (my dear croniz) yg dulu sentiasa bersama, tp kini jarak membataskan kita. tp lebih terseksa andai bukan jarak yg memisahkan. cuma dinding2 kayu dan batu yang menyekat dan memenjarakan hati dan rindu.
++ II ++
sehari..dua.. kau tak perlukan hingga seminggu pun utk mengubah segala2nya. kdgkala aku sesal kerana membiarkan segalanya berlaku. tp utk apa? biarkanlah segalanya berlalu. akan aku biarkan kau tenang dgn kehidupanmu. x kan aku pedulikan lg. aku sudah lelah mengharap segalanya pulih kembali. Selamat tinggal, sayang..
++ III ++
"cinta..dr mata turun ke hati"
cinta pandang pertama.. mungkinkah paras rupa jadi ukuran? tidak juga kerana Allah kurniakan sepasang mata bg setiap insan (kecuali yg diuji dgn kecacatan) dan setiap mata itu punya pandangan yg berbeza terhadap sesuatu dan seseorang. dan mata akan berfungsi seiring dgn akal fikir dan hati. aku suka merah kau suka biru, aku suka hijau kau suka peach.
ia mungkin berlaku, tp pulangkan pd hati untuk membaja dan menyemainya.. mungkin ada kesudahan yg baik.
++ IV ++
rubi... dia mungkin jahat tetapi dikelilingi insan2 yg baik. tp rubi hanyalah satu watak telenovela. cantik tetapi berhati busuk.
aku.. aku mungkin sederhana saja. dan dikelilingi org2 yg sederhana. hidup aku mungkin sudah ditentukan.
walaupun tak tertulis dalam rang undang2 keluarga, tp aku tahu, sbg ahli keluarga ini, aku mesti masuk u, kerja elok2, dapat gaji besar2 dan kawin dgn org bergaji besar.syukur.. kerana peraturan tak rasmi itulah aku berada di sini sekarang.
sekarang aku ingin bekerja, dan itu yg aku sdg usahakan. nasib mungkin tak seberapa baik, tp pasti ada ganjaran utk org2 yg berusaha. cuma yg terakhir.. belum pasti akan aku tunaikan. aku cuma impikan hidup yg sederhana. mahukan org yang sederhana. saling memahami dan saling menyayangi.
kata dia.." berdoa selalu agar tiada jalan buntu antara kita..serahkan padaNya" mungkin dia lebih matang dr aku. maafkan aku kerana terlajak kata.
++ V ++
Tina.. sejak lama dulu nama inilah yg menjadi masalah pada kami sekeluarga. Asyik2 tina yg mereka cari.. beratus kali agaknya sejak bertahun dulu. sejak yg mencari tina itu masih anak kecil hingga kini sudah muda remaja. tetap juga menelefon tina ke nombor ini. tina.. tina.. siapalah tina agaknya. esok lusa pasti akan kami jejak juga siapa tina yang menyusahkan kami sekian lama, kata adik kalau dapat nak di siang2nya tina. eheh.. kang terpikat akak tak jamin...